(KISAH KEJAYAAN USAHAWAN GERAI MAKANAN – WARUNG NURZAMANIQ REZEKI)
|
Nama |
: Siti Maslina Abdol Mulop |
|
Umur |
: 42 Tahun |
|
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Puan Siti maslina binti Abdol Mulop,seorang usahawan wanita yang membuka gerai menjual makanan dan minuman di Jalan Sungai kampung Kundang. Berumur 42 tahun dan membuka warung adalah untuk mengisi masa lapang dan sekarang menjadi pencarian penambahan pendapatan bagi Puan Maslina dan keluarganya.Beliau membuka gerai makanan yang menjual berbagai makanan panas dan menjual burger homemade sos dan jualannya banyak mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk kampung kundang dan penduduk kampung sekitarnya.Beliau menjadikan platform whatsup group dan laman sosial facebook untuk memperkenalkan makananya setiap hari sepanjang gerai makanannya beroperasi. Contoh makanan panas yang dijualnya adalah mee goreng basah, mee sizzling homemade sos, nasi goreng pataya, nasi goreng paprik, Maggie sup, kuew teow goreng, burger samurai ,cendol homemade dan sebagainya.Pn Maslina menjalankan perniagaanya dari pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya dalam program/aktiviti di PI, Pn Maslina tidak pandai dalam menggunakan komputer mahupun Internet. Beliau juga tidak pandai dalam mengiklankan perniagannya di laman sosial Facebook atau di whatsup.Dari awalnya, Pn Maslina tidak begitu berkeyakinan dalam menggunakan platform Internet sebagai tempat mengembangkan perniagaannya ini kerana penguasaan beliau dalam bidang IT adalah lemah. Perniagaannya adalah hanya kecil-kecilan dan sekitar Kampung sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas pengguasaannya dalam bidang IT dan kemahiran dalam menggunakan komputer dan Internet, kini perniagaan Pn Maslina semakin berkembang dan pendapatannya juga meningkat. Beliau banyak mempelajari selok belok cara memasarkan perniagaanya di Internet dengan bantuan dari petugas PI. Antara program bengkel/kelas yang dihadiri oleh Pn Maslina ialah kelas pengenalan Internet, Microsoft Office, Latihan keusahawan, mengenali pasaran online dan blog. Beliau amat aktif sekali dalam menghadiri program-program yang dianjurkan oleh pihak PI antaranya program Hari Bersama Komuniti, Dashboard Komuniti dan Jom Sihat. Beliau menggunakan kemudahan Internet ini dalam membantu meningkatkan jualan perniagaannya. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan print, fotostat dan laminate bagi memudahkan perniagaannya. Kini, pendapatan beliau semakin bertambah dalam sekitar RM800-RM1000 sebulan.
====================================================================================
