mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan : Mastika Junaidah Binti Samsudin (Q3/2020)

mastika junaidah

(KISAH KEJAYAAN USAHAWAN  )

Nama

: Mastika Junaidah Binti Samsudin

Umur

: 38 Tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Usahawan makanan kering di Kampung Kundang, Puan Mastika Junaidah bt Samsudin,38 tahun menjual makanan ringan iaitu Callebaut Cookies Crimebites untuk kudapan di masa waktu lapang di rumah mahu pun di pejabat. Beliau menjual makanan ringan ini sejak setahun yang lalu di mana produk ini sudah viral beberapa bulan yang lalu bersama kawan-kawannya yang lain yang terdiri daripada kawasan yang berbagai.Puan Mastika menjalankan perniagaan secara online di Pusat Internet Kg Kundang dengan menjual produknya di Facebook, blog dan pasaran online yang lain iaitu shoppe.Puan Mastika menjalankan secara atas talian dan whatsup mengenai produknya dengan bantuan petugas PI.Puan Mastika berharap perniagaan beliau dalam talian dapat berkembang dengan maju serta dapat meningkatkan pendapatan keluarganya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Mastika tidak pandai memasarkan produk perniagaanya di Internet malahan tidak berkemahiran dalam menaip serta mengenali asas komputer.Sebelum penglibatannya dalam bengkel/program di PI, pemasaran produk perniagaannya hanya terhad dikawasan sekitar kampung serta kenalannya. Pendapatannya dianggarkan dalam lingkungan RM300/bulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mempelajari pasaran online di Pusat Internet, Puan Mastika Junaidah berjaya memasarkan produknya di Internet dengan bantuan dari petugas PI. Beliau banyak mempelajari asas komputer dan Internet dari kelas E-Keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PI antaranya kelas usahawan online (shoppe), blog, facebook, majalah.com dan sebagainya. Beliau juga sangat aktif dalam menyertai program dan bengkel yang dianjurkan oleh pihak PI. Selain itu, beliau menggunakan kemudahan yang terdapat di PI seperti laminate, print,fotostat dan sebagainya untuk memudahkan urusan harian beliau.Perniagannya semakin maju dan beliau berharap dapat meneruskan sesi pembelajarannya di Pusat internet terutama dalam bidang Keusahawanan dan Teknik Pemasaran yang berkesan.Kini pendapatannya meningkat dalam lingkungan RM600/bulan.

======================================================================================