( KISAH KEJAYAAN USAHAWAN GERAI MAKANAN – IDA LIM KITCHEN )
|
Nama |
: Shaidah Binti Mohd Yatim |
|
Umur |
: 36 Tahun |
|
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Pn Shaidah Binti Mohd Yatim, 36 tahun merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan. Beliau menjual pelbagai jenis makanan seperti Char Kuew Teow, Mee Hailam, Nasi lemak, burger, Nasi ayam geprek dan pelbagai jenis makanan lain .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn. Shaidah Binti Mohd Yatim sebelum ini bekerja sebagai Cheff di sebuah hotel Goldcoast Morib Resort ,Banting. Setelah berhenti kerja Pn Shaidah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan secara sendiri di hadapan rumah ibu beliau. Beliau jarang menggunakan komputer dan internet dalam menguruskan dan mempromosikan perniagaan beliau. Beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sahaja dan menu makanan yang beliau juga terhad kepada pelbagai jenis masakan panas, burger dan air minuman.Pendapatan bulanan Pn.Shaidah adalah sekitar rm500-rm800 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT di Pusat internet ini, Pn Shaidah kini sudah mahir dan berkeyakinan dalam menjalankan perniagaan . Beliau menggunakan platform Internet sebagai tempat mengiklankan perniagaannya. Beliau juga menghadiri kursus dan bengkel yang disediakan oleh Pusat Internet antaranya kelas pengenalan internet, Microsoft Office, Latihan keusahawanan, mengenali pasaran online ,bengkel asas fotografi, kelas photo editing dan blog. Pn Shaidah kini telah membuka gerai di lokasi baru dan tempat yang strategik dengan menambah pelbagai menu baru. Selain itu beliau kini turut menjalankan perniagaan secara atas talian. Beliau kini turut mengambil tempahan makanan untuk pelbagai jenis jamuan/ majlis dan menyediakan khidmat penghantaran makanan bagi kawasan yang berhampiran .
Pn Shaidah menggunakan platform facebook, whatsapp, Instagram, dashboard komuniti dan blog bagi mengiklankan perniagaan beliau. Beliau menggunakan kemudahan Internet ini dalam membantu meningkatkan jualan perniagaannya. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan print, fotostat dan laminate bagi memudahkan perniagaannya. Kini, pendapatan beliau semakin bertambah dan menerima keuntungan hampir mencecah RM 1300 sebulan.
====================================================================================