KISAH KEJAYAAN USAHAWAN (1)
Nama : Siti Syazwiena Binti Abdullah
Umur : 22 Tahun
Usahawan : Usahawan Produk Makanan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Saudari Syazwina memasarkan produk makanan beliau secara kecil-kecilan hanya sekitar kampung dan rakan yang terdekat. Chocowin Delicious adalah produk makanan yang dijual oleh saudari Syazwiena secara sambilan di rumahnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau mengenali Pusat Internet Kg Kundang, Saudari Syazwiena belajar cara memasarkan produk beliau di Internet. Disamping itu juga, beliau turut mempelajari asas penggunaan komputer dan juga kerap mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PI seperti membina blog perniagaan, memasarkan produk di laman sosial facebook, mudah.my, majalah.my dan di Instagram. Beliau banyak memperbaiki produk perniagannya dengan melayari internet. Akhirnya beliau berjaya meluaskan perniagaannya di atas talian dan kini menerima tempahan dari pelbagai negeri untuk pelbagai majlis . Chocowin delicious yang dihasilkannya sangat sedap dan gemar dimakan oleh semua golongan. Perniagaan beliau semakin maju ,peningkatan pendapatannya meningkat hampir 60% dan beliau berharap dapat meneruskan pembelajarannya di Pusat Internet di masa akan datang.
_____________________________________________________________________________________________________
KISAH KEJAYAAN USAHAWAN (2)
Nama : Nur Aqila Binti Arman
Umur : 24 Tahun
Usahawan : Usahawan Homestay
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali Pusat Internet , saudari Nur Aqilah menjalankan perniagaan homestay di kampung secara kecil-kecilan dengan dibantu oleh ibunya, iaitu Pn Rozita serta bimbingan dari Kementerian Pelancongan Negeri Selangor. Beliau mempromosikan homestay kampung kundang hanya di flyers dan hebahan melalui telefon.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengenali dan mempelajari Internet di Pusat Internet Kampung Kundang, perniagaan homestay saudari Nur Aqilah berkembang dan pasarannya meluas, bukan sahaja dari dalam negara malahan dari pelancong asing iaitu terutama sekali dari pelancong dari Jepun. Beliau banyak menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet antaranya kelas Microsoft office, google search dan kelas keusahawanan. Saudari Nur Aqilah belajar cara membuat blog, mengenali pemasaran dalam Internet dan belajar cara teknik pemasaran yang berkesan. Kini, pemasaran beliau berkembang maju dengan hebahan yang meluas melalui blog, laman sosial facebook dan whatssup. Pendapatan beliau juga semakin meningkat sehingga 60 – 70 peratus.
________________________________________________________________________________________
KISAH KEJAYAAN CELIK IT
Nama : MOHAMAD REJAB BIN BAHARUDDIN
Umur : 13 Tahun
Mohd Rejab bin Baharuddin, 13 tahun merupakan ahli PI yang aktif dari tahun 2013 sehingga kini. Adik Rejab gemar menggunakan kemudahan yang berada di PI terutama dalam menggunakan komputer.Walaupun beliau seorang yang oku (lambat belajar), adik Rejab suka belajar menggunakan komputer terutama dalam membuat pengiraan di Internet.Adik Rejab bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut dalam Integrasi Pendidikan khas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali ICT, Adik Rejab gemar berada dirumah sahaja dan kurang berkawan dengan orang lain. Pembelajarannya kurang memberangsangkan dan kerap gagal dalam peperiksaan. Akibat kekurangan yang ada pada adik Rejab, beliau suka bermain bersendirian di rumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Rejab mengenali pusat Internet Kg Kundang ini sejak dari tahun 2013. Banyak perubahan yang berlaku kepada beliau terutama sekali dalam aspek penggunaan komputer dan pembelajaran. Dulu, adik Rejab tidak pandai menggunakan komputer, sekarang beliau sudah pandai menggunaakn computer dengan baik. Setiap hari, bapa Rejab iaitu encik Baharuddin akan menghantar Rejab dan adiknya ke Pusat Internet Kg Kundang untuk belajar komputer dan sebagainya.
Adik Rejab banyak terlibat dalam kelas khas pelajar oku dan program-program yang dianjurkan oleh pihak pusat internet terutama semasa cuti sekolah. Dengan melalui program ini, beliau tidak merasa malu dan mempunyai ramai kenalan.Petugas PI sentiasa memberikan bimbingan dan dorongan kepada adik Rejab untuk belajar bersungguh-sungguh dan menapis kekurangan dirinya. Menerusi penggunaan komputer dan Internet, adik Rejab suka belajar secara online contohnya membuat kuiz online, permainan pendidikan online dan google search. Kini, beliau sudah pandai menggunakan Internet dengan baik. Harapan adik Rejab adalah beliau ingin menjadi seorang pelajar yang berjaya suatu hari nanti.