( KISAH KEJAYAAN CELIT IT )
|
Nama |
: Mohd Shafrizal Bin Nor Zemi |
|
Umur |
: 14 Tahun |
|
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Mohd Shafrizal bin Norzemi, 14 tahun merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut. Beliau merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bersukan dan bergaul bersama rakan-rakannya di sekolah mahupun di kampung.Sahfrizal merupakan pelajar yang amat disenangi oleh guru dan rakannya di sekolah.Walaupun beliau tidak pandai dalam pelajaran, namun beliau amat aktif dalam bersukan antaranya bola sepak, sepak takraw dan bola tampar.Shafrizal suka meluangkan masa dan mengulangkaji pelajaran beliau di Pusat Internet Kg Kundang.Sebelum kewujudan Pusat Internet ini, Shafrizal suka bergaul bersama kawan-kawannya di tepi jalan kampung dan di rumah kawan-kawannya.Beliau berharap agar beliau berjaya dalam mata pelajaran akademik dan cemerlang dalam peperiksaan PT3 tahun hadapan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan Shafrizal dalam mengikuti aktiviti dan program di PI, beliau adalah seorang yang tidak suka kepada Internet dan pembelajaran di alam maya.Shafrizal gemar bergaul bersama rakan-rakan yang dikenalinya di kampung. Beliau juga tidak pandai dalam menggunakan komputer malahan tahap pengetahuan ict beliau juga kurang. Beliau suka membuang masa dengan melepak dan hanya belajar di rumah sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah melibatkan diri dalam aktiviti dan program di Pusat Internet , Shafrizal kini sudah pandai belajar komputer dan celik IT. Beliau menggunakan komputer dan Internet untuk mengulangkaji pelajaran, pembelajaran online, bersosial dengan rakan-rakan dan beliau menjadi lebih berkeyakinan.Namun, Shafrizal juga gemar menggunakan perkhidmatan di PI untuk membantu beliau dalam pelajarannya seperti menggunakan perkhidmatan Internet, print, fotostat dan laminate.Shafrizal juga aktif dalam mengikuti program-program dan bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Kundang antaranya mengikuti bengkel pengukuhan menaip, mengenali sumber Internet dan sumber pembelajaran yang betul dan sebagainya. Antara program yang diikutinya pula ialah mengikuti program Hari Bersama Komuniti, Dashboard komuniti, Jom Sihat dan sebagainya. Selain itu, Shafrizal gemar membantu petugas PI dalam membuat persiapan mengadakan program bersama rakan-rakan beliau yang lain. Shafrizal berharap rakan-rakannya dapat menggunakan perkhidmatan PI dengan sebaik-baiknya terutamanya menjadikan PI sebagai pusat pembelajaran mereka dan menjadi tempat rujukan bagi mereka yang tidak mahir berkomputer. Beliau juga berharap dapat menjadi pelajar yang cemerlang dan berjaya dalam peperiksaan kelak.
====================================================================================