( KISAH KEJAYAAN CELIT IT )
| Nama | : Nor Saidatul Haslamiyah |
| Umur | : 11 Tahun |
| Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Nor Saidatul Haslamiyah, 11 tahun merupakan pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Batu Laut. Adik Saidatul merupakan pelajar yang aktif dalam program sekolah dan amat disenangi oleh gurunya di sekolah.Adik Saidatul Haslamiyah merupakan anak yang ke-5 daripada 6 orang adik-beradik. Dirumahnya, dia gemar membantu ahli keluargnya membuat kerja rumah dan suka mengulang kaji pelajaran di rumah bersendirian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali Pusat Internet dan penglibatannya di PI, adik Saidatul Haslamiyah tidak pandai menggunakan komputer dan internet. Beliau juga kurang dalam berkomunikasi dan kurang bergaul dengan kawan-kawan . Adik Saidatul suka menyendiri di rumah walaupun di sekolah amat suka membantu gurunya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah aktif dalam melibatkan diri di Pusat Internet, Adik Saidatul kini sudah pandai menggunakan komputer dan Internet. Kemahiran beliau dalam penggunaan komputer dan Internet semakin lama semakin mahir dengan tunjuk ajar dari petugas PI. Adik Saidatul juga suka bergaul dan kini mempunyai kenalan yang ramai di laman sosial facebook.Adik Saidatul juga sangat rajin dan suka membantu petugas PI semasa PI menjalankan sesuatu program. Adik Saidatul juga aktif dalam program yang dijalankan oleh petugas PI dan suka mengulang kaji pelajaran di PI bersama kawan-kawannya yang lain.Selain itu, Adik Saidatul mempunyai keyakinan diri dan beliau berharap akan berjaya dalam UPSR tahun hadapan dengan cemerlangnya.
====================================================================================