mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Julai – September 2017

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN (1)

Nama            : Fauzah Binti Abdul Jalil

Umur             : 39 Tahun

Usahawan     : Usahawan Produk Frozen dan Kek

Puan Fauzah Abdul Jalil, seorang usahawan frozen food berumur 39 tahun yang membuka perniagaan secara kecil-kecilan di Kampung Kundang.Menjual produk jualan sekitar kedai di kampung serta di rumahnya sendiri.            

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali Pusat Internet Kampung Kundang dan mempelajari pasaran online di Internet, pendapatan bulanan Puan Fauzah adalah dalam sekitar RM300-RM500 sebulan.Beliau berniaga secara kecil-kecilan dan premis perniagaannya adalah dirumahnya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mempelajari komputer dan celik IT di PI, Puan Fauzah berjaya memasarkan produk perniagaannya di Online.Beliau banyak menyertai kelas-kelas E-Keusahawanan seperti membuat flyers, laman sosial facebook, membina blog , memasarkan produk di pasaran online seperti mudah.my dan majalah.com serta kemahiran dalam usahawan Internet.Puan Fauzah juga aktif dalam menyertai program yang diadakan oleh pihak PI seperti program Dashboard Komuniti dan Program kerjasama bersama perpustakaan desa.Kini, pendapatan beliau meningkat dalam sekitar RM500-RM700 sebulan. Beliau berharap dapat mempelajari teknik pemasaran yang betul serta berkesan oleh agensi yang terlatih.

 

 ________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN (2)

Nama            : Jameah Binti Saleh

Umur             : 53 Tahun

Usahawan     : Usahawan Perlancongan

Puan Jameah Saleh, 53 tahun membuka perniagaan travel agensi di Kampung Kundang sejak 5 tahun yang lalu. Pada mulanya hanya sekadar minat melancong dan kerap membawa ahli keluarga melancong seluruh negara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum memasarkan perkhidmatan travelnya di Internet, Puan Jameah menjalankan perkhidmatan agensi perlancongan secara kecil-kecilan di kampung dengan pendapatan sekitar RM500- RM700 .Pelanggan yang diperolehinya adalah secara manual melalui telefon dan perjumpaan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Kundang membantu usahawan mengembangkan perniagaannya di Online, Puan Jameah mencuba untuk menggunakan platform Internet sebagai tempat mengembangkan pasaran perniagaannya.Beliau menyertai kelas-kelas keusahawanan seperti membina blog, facebook , membuat flyers perniagaannya serta memasarkan produk di pasaran online seperti majalah.my dan sebagainya. Puan Jameah jua tidak ketinggalan dalam menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak PI dan seorang ahli PI yang aktif.Beliau belajar dalam mempromosikan travel agensi pelancongannya dalam laman sosial facebook dan blog bagi memperolehi pelanggannya bukan sekitar kampong sahaja malahan di seluruh Malaysia.Kini, pendapatannya bertambah dalam sekitar RM800-RM1000. Beliau berharap travel agensi pelancongannya berjaya dan dikenali di Malaysia.

 __________________________________________________________________________________________

 

KISAH KEJAYAAN CELIK IT

Nama           : Muhammad Muaz Bin Aryusry

Umur            : 15 Tahun

 

Muhammad  Muaz , 15 tahun merupakan ahli PI yang aktif dalam kelas dan program yang dijalankan di PI sehingga kini. Adik Muaz merupakan seorang pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut dan tahun ini beliau menduduki peperiksaan PT3.Oleh itu, adik Muaz menjadikan pusat Internet ini sebagai tempat mengulangkaji serta platform pembelajaran online bersama kawan-kawannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali PI, adik Muaz suka belajar bersendirian dirumah. Pembelajaran adik Muaz kurang memberangsangkan serta adik Muaz tidak mahir dalam menggunakan Internet. Penglibatan diri dalam bersosial turut berkurang dan beliau suka bersendirian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dalam kelas dan program di PI, pembelajaran adik Muaz semakin meningkat.Adik Muaz kini pandai menggunakan komputer dan pembelajaran menerusi online.Dengan tunjuk ajar dari petugas di PI, adik muaz cekap dalam menggunakan komputer dan aplikasi pembelajaran di Internet. Beliau aktif dalam program-program yang dijalankan di PI.Malahan beliau suka menjadikan PI sebagai tempat platform pembelajarannya. Adik Muaz juga turut gemar bersosial dengan membuat blog sendiri serta membina facebook.Harapan adik Muaz adalah untuk berjaya dalam peperiksaan PT3 kelak.