( USAHAWAN MAKANAN SEJUK BEKU )
| Nama | : Nordiana Binti Abd Razak |
| Umur | : 29 Tahun |
| Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Usahawan wanita dari Kampung Kundang iaitu Nor Diana Abd Razak, 29 tahun membuka perniagaan frozen secara kecil-kecilan di rumahnya.Beliau mula membuka perniagaannya dari awal tahun 2017 setelah berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Beliau juga membuka gerai jualan makanan dan minuman di depan rumahnya secara kecil-kecilan. Pelanggan yang diperolehinya adalah di sekitar Kampung Kundang dan kenalan kampung yang terdekat sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali ICT ,pendapatan bulanan Pn Nor Diana adalah sekitar RM400-RM600 sebulan. Beliau hanya menjalankan perniagaan frozen food di sekitar kampung dan kedai yang terdekat di Kampung Kundang. Pn Diana tidak pandai menggunakan komputer dan penggunaan Internet .Pelanggan yang diperolehinya adalah sekitar kampung dan kampung seberang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengetahui perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Kundang dalam membantu usahawan mengembangkan perniagaannya di Online, Puan Diana mencuba untuk menggunakan perkhidmatan Internet sebagai tempat mengembangkan pasaran perniagaannya.Pn Diana banyak menyertai kelas-kelas E-Keusahawanan seperti membina blog, facebook , membuat flyers perniagaannya serta memasarkan produk di pasaran online seperti majalah.my dan dashboard komuniti. Puan Diana juga tidak ketinggalan dalam menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak PI dan beliau merupakan seorang ahli PI yang aktif.Beliau banyak memperbaiki perniagaannya dengan melayari Internet seperti google search dan youtube bagi memperbaiki resipi dan mencari resepi kuih yang terbaru dan viral.Kini pendapatannya bertambah dalam sekitar RM900-RM1000. Pelanggan yang diperolehinya juga meluas bukan sahaja di kampung malahan di kawasan Banting dan Sg Pelek.
====================================================================================