( USAHAWANAN MAKANAN & MINI KATERING )
| Nama | : Nor Hidayah Abdullah |
| Umur | : 30 Tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Nor Hidayah Abdullah, 30 tahun merupakan seorang usahawan masakan Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Nasi Lemak di Kampung Kundang yang berjaya. Beliau menjalankan perniagaannya secara kecil-kecilan di hadapan rumahnya pada setiap hari.Menjadikan perniagaanya sebagai sampingan kerana beliau meupakan seorang suri rumah mempunyai 2 orang anak. Pn Hidayah menjalankan perniagaannya di sekitar Kampung Kundang dan juga pada kenalannya.Pn Hidayah mempromosikan perniagaannya pada kawan-kawannya menerusi whatsup.Anggaran pendapatan bulanannya adalah sekitar rm300-rm400 sebulan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pn Hidayah tidak mahir dalam menggunakan komputer dan Internet. Beliau menggunakan whatsup dan telefon untuk menjual produknya.Perniagaannya hanya kecil-kecilan dan sekitar Kampung Kundang sahaja. Beliau juga jarang melibatkan diri dalam aktiviti atau program kampung. Beliau juga tidak pandai dalam memasarkan produknya di Internet dan tidak pandai mengetahui pasaran di atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Internet membantu Pn Hidayah dalam mempromosikan perniagaan makanannya. Beliau dapat belajar bagaimana untuk mempromosikan di blog dan laman sosial facebook. Beliau menggunakan kemudahan Internet ini dalam membantu meningkatkan jualan perniagaannya.Pn Hidayah banyak mempelajari mengenai pasaran online, cara membuat kertas kerja, membuat pemplat , membuat blog, pengiraan dalam Mic.Excell dan sebagainya. Dengan ini, kemahiran menggunakan komputernya semakin bertambah. Beliau juga berpeluang untuk mencari resepi bagi menambahkan produk makanannya untuk meningkatkan perniagaan beliau. Pn Hidayah juga aktif dalam menyertai program-program yang dijalankan oleh pihak PI seperti Hari Komuniti , Kospen, Hari Dashboard Komuniti dan sebagainya. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan print, fotostat dan laminate bagi memudahkan perniagaannya. Kini, pendapatannya bertambah dalam sekitar RM400-RM600 sebulan.
====================================================================================