| Tarikh | : 03 Disember 2023 |
| Masa | : 3.00 petang – 4.00 petang |
| Lokasi | : PEDi Kg Kundang |
| Kehadiran | : 2 Orang |
Tujuan
Mendedahkan kepada pelajar sekolah rendah kepada laman sesawang pembelajaran dan permainan di laman web abcya.com dan menaip secara interaktif iaitu Jungle Junior (Typing Club).
Aktiviti
Seramai 2 orang pelajar dan kanak-kanak hadir ke PEDi Kampung Kundang. Peserta didedahkan kepada laman sesawang pembelajaran dan permainan menaip interaktif iaitu abya.com dan Jungle Junior di laman sesawang https://www.typingclub.com/kids-typing serta https://www.abcya.com/. Jungle Junior merupakan permainan menaip interaktif untuk kanak-kanak.
Melalui pelbagai video yang berwarna-warni dan pelajaran interaktif, kanak-kanak akan mempelajari semua tentang abjad dan mengamalkan perkataan penglihatan, keluarga perkataan dan ayat mudah. Jungle Junior juga akan mengajar kanak-kanak mengaitkan setiap huruf pada papan kekunci dengan jari yang betul sambil meningkatkan pengecaman abjad, ketangkasan dan kebiasaan dengan teknologi. Melalui laman sesawang ini peserta dapat meningkatkan kemahiran menaip dengan dibantu oleh petugas PEDi.
-
-
- ________________________________________________________________________________________
- .
-